PENDAFTARAN PESAKIT DI KLINIK OBSTETRIK & GINEKOLOGI
– Semua pesakit yang ingin membuat pendaftaran pesakit baru dan untuk “booking” bersalin di PPUKM dikehendaki melakukan “Pra Pendaftaran”
– Pesakit perlu membawa surat rujukan dari Hospital / Klinik /Pusat Kesihatan untuk disaring oleh Jururawat Bertugas di Klinik O&G bagi tujuan pemberian tarikh temujanji.
– Sewaktu menghadirkan diri untuk sesi temujanji untuk pertamakali dengan Pegawai Perubatan, pesakit dikehendaki membawa:
a) Kad temujanji PPUKM (jika ada)
b) Surat Jaminan / Kad Pesara / Kad OKU (jika ada)
c) Kad pengenalan
d) Borang Maklumat Pesakit yang telah lengkap diisi.
e) Wang untuk bayaran pendaftaran baru , bekalan ubatan dan prosedur perawatan yang dilakukan. (bagi pesakit yang berbayar)
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung Kaunter Klinik O&G di talian 03- 91457000/7001
Persediaan sewaktu masuk wad untuk ibu mengandung
i) Buku Rekod Antenatal
ii) Ubatan yang diambil sepanjang mengandung jika ada
iii) Peralatan untuk kegunaan harian (toiletries)
iv) Sedikit makanan ,bekas air panas dan bekas untuk minum dan makan.
v) Selipar yang tidak licin
vi) Beg pakaian bayi-topi bayi dan sarung tangan bayi – boleh dibeli di Klinik O&G mengikut harga yang ditetapkan.
vii) Baju persalinan bayi sekurang-kurangnya 4 pasang
viii) Lampin pakai buang
ix) Selimut bayi
xi) Baby’s Wipe
*** Pesakit DILARANG membawa susu formula , botol dan puting susu . Susu formula hanya akan diberikan disebabkan masalah kesihatan berdasarkan arahan dan surat keizinan dari pegawai perubatan yang menjaga.
Ini adalah selaras dengan Polisi Penyusuan Susu Ibu dan PPUKM adalah Hospital Rakan Bayi.
*** Pesakit yang tidak mengandung juga diingatkan membawa perkara yang spagia kecuali peralatan bayi.
Lain-lain
– Waris tidak dibenarkan menunggu pesakitdi wad wad O&G
– Kanak kanak di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit di wad.
– Pesakit tidak dibenarkan membawa item item ini ke wad:
i) Jumlah wang tunai yang banyak
ii) Barang kemas
iii) Barangan eletrik dan laptop persendirian
iv) Alatan tajam atau senjata
v) Pesakit dilarang membawa susu formula, botol dan puting susu .
Discaj dari wad
Pesakit yang telah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah akan melalui prosedur discaj jika :
– Bayi dan ibu tiada komplikasi selepas bersalin
– Bayi telah dilakukan pemeriksaan oleh doktor
– Bayi telah dikenalpasti kencing dan buang air besar
– Ibu sihat dan dapat menjaga bayi dengan yakin
– Bayi sihat dan dapat menyusui susu ibu
– Bayi telah mendapat keputusan darah G6PD dan TSH
– Suntikan immunisasi iaitu BCG, HEP B, dan Vit K telah diberikan kepada bayi.
– Ujian OAE (Ujian Saringan Pendengaran) telah dilakukan.
Bagi pesakit yang dibenarkan discaj, waris akan diminta untuk membuat pembayaran bil dengan membawa slip discaj atau kebenaran keluar wad ke Kaunter Bayaran untuk menjelaskan bayaran wad dan ubatan. Waris diminta untuk kembali semula ke wad untuk menyerahkan bukti pembayaran dan membawa pesakit dan bayi untuk pulang ke rumah.
Soalan Lazim
1. Perlukah saya menempah (booking) terlebih dahulu sekiranya ingin bersalin di sini?
Perlu, sekurang-kurangnya telah dilihat oleh doktor di sini sebanyak 2 kali.
2. Ke manakah harus saya pergi sekiranya saya hendak bersalin?
Puan perlu datang segera ke PAC/OGAC yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan
3. Apakah yang perlu dibawa apabila saya mempunyai tanda tanda untuk bersalin?
Puan perlu membawa kad pengenalan, kad temujanji, buku rekod pemeriksaan antenatal, surat jaminan (jika ada)/ wang untuk deposit kemasukan ke wad, kelengkapan diri dan bayi semasa datang ke PAC/OGAC.
4. Bolehkah suami menemani isteri semasa di Dewan Kelahiran?
Boleh, suami perlu menandatangani borang pengeluaran pas menunggu pesakit di dewan kelahiran dan perlu mendapatkan Pas Menunggu di Kaunter Keselamatan yang terletak di tingkat 1 berhampiran Dewan Kelahiran
5. Bolehkah saudara perempuan menemani isteri semasa bersalin?
Keutamaan hanya diberi kepada suami atau ibu pesakit. Jika kedua duanya tiada, permohonan boleh dibuka kepada saudara perempuan sahaja yang dinamakan oleh pesakit untuk menemannya asalkan bersesuaian.
6. Bagaimana dengan penyusuan bayi saya jika saya masih belum menghasilkan susu ibu?
Secara keseluruhannya setiap wanita yang mengandung berupaya menghasilkan susu ibu. Pesakit digalakkan terus menyusui bayi dalam jam pertama selepas kelahiran bagi merangsang pengeluaran susu. Amalan melengahkan pemberian susu ibu boleh menyebabkan payudara kurang penghasilan dan bayi menolak untuk menyusu di payudara.
7. Pada siapa boleh saya membuat rujukan di atas masalah penyusuan susu ibu?
Puan boleh membuat panggilan ke Klinik O&G bagi mendapatkan bantuan Kaunselor Penyusuan Susu Ibu atau puan boleh mendapatkan pamplet Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu. Bantuan boleh diperolehi dari Kaunselor Terlatih yang ada di setiap wad.