Jabatan ini dahulunya dikenali sebagai Unit Perubatan Nuklear di bawah Jabatan Perkhidmatan Radiologi. Pada 1 Januari 2012 unit ini telah dinaik taraf sebagai sebuah organisasi yang dikenali sebagai Jabatan Pengimejan Molekul & Perubatan Nuklear (JPMPN) di HCTM.
JPMPN menawarkan perkhidmatan Pengimejan Molekul dan Perubatan Nuklear yang merupakan satu perkhidmatan diagnostik dan terapeutik yang penting di dalam bidang perubatan. Bidang ini menggunakan bahan atau produk radioaktif (radiofarmaseutikal) untuk mengesan, menilai, dan merawat pelbagai jenis penyakit.
Antara perkhidmatan Diagnostik yang dijalankan adalah seperti berikut.
- Perkhidmatan pengimejan PET-CT (FDG PET-CT Scan, FDG PET-CT Myocardial viability study, Ga-68 PSMA PET-CT & Ga-68 Dotatate PET-CT)
- Perkhidmatan pengimejan SPECT-CT (Bone scan, Renal scan, Thyroid Scan, Parathyroid dan pelbagai lagi pengimejan kefungsian lain).
Perkhidmatan terapeutik yang ditawarkan:
- Radioiodine-131 low dose therapy
- Selective Internal Radiation Therapy for liver tumours (Yttrium-90)
Jabatan amat mengutamakan keselamatan pesakit, kakitangan dan orang awam dengan mengamalkan prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable) dalam penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. Jabatan menghormati hak pesakit serta memastikan setiap pemeriksaan dan laporan pengimejan dihasilkan dengan tepat, berkualiti dan bermanfaat untuk membantu pengurusan serta rawatan kepada pesakit.