Lawatan Pelajar Sarjana Keselamatan Sinaran dan Nuklear ke Jabatan Pengimejan Molekul dan Perubatan Nuklear, HCTM
Dilaporkan seramai 15 pelajar siswazah Program Sarjana Keselamatan Sinaran dan Nuklear, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM hadir dalam sesi lawatan sambil belajar di Jabatan Pengimejan Molekul & Perubatan Nuklear, HCTM pada 14 Oktober 2026. Pihak jabatan mengucapkan semoga semua pelajar beroleh ilmu yang bermanfaat dan maju jaya dalam pengajian dan seterusnya.
