Mulai 1 Januari 2012, Unit Perubatan Nuklear, Jabatan Radiologi PPUKM telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pengimejan Molekul dan Perubatan Nuklear (JPMPN).

 

MISI JABATAN

  • Memastikan pelanggan, keluarga dan komuniti menerima perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti tinggi disamping memberikan mutu perkhidmatan yang cekap, tepat, selamat dan prihatin.
  • Menjadi pusat perkhidmatan dan rujukan (tertiary centre) berkepakaran tinggi yang menawarkan perkhidmatan diagnosis dan terapi di Malaysia.
  • Berusaha menjadi pusat pendidikan dan penyelidikan yang berteraskan etika perubatan (evidence-based medicine), inovasi dan peka terhadap dinamik keperluan masyarakat serta tenaga pakar negara.

 

VISI JABATAN

  • Menuju ke arah kecemerlangan perkhidmatan, pendidikan dan penyelidikan di dalam bidang Pengimejan Molekul dan Perubatan Nuklear di Malaysia.
  • Menjadi pusat perkhidmatan, pendidikan dan penyelidikan PMPN yand terkehadapan serta berdaya saing di rantau Asia dan bertaraf antarabangsa serta memperoleh akreditasi daripada Pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai pusat pembelajaran dan latihan PMPN serantau.