Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik

Berita Terkini

October 18, 2016

Bengkel : Menjawab Ketidakpatuhan Audit & Kawalan Ketidakpatuhan Dalam Iso 15189:2014

Selasa,18-19 oktober 2016 Jawatankuasa ISO dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan Dalam MS ISO 15189:2014 bertempat di Auditorium UMBI, PPUKM. Seramai lebih kurang 50 orang kakitangan telah menyertai bengkel 2 hari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi latihan dan kefahaman berkenaan Kaedah Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan […]
Read More
October 13, 2016

Bengkel : Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Skop Ujian Kualitatif

Rabu,12 oktober 2016 Jawatankuasa Jaminan Kualiti dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Skop Ujian Kualitatif Berlandaskan MS ISO 15189:2014 bertempat di Bilik Seminar Jabatan Patologi, Tingkat 15, Banggunan Praklinikal, PPUKM.   Seramai lebih kurang 40 orang kakitangan telah menyertai bengkel sehari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi latihan dan kefahaman berkenaan pengurusan kawalan […]
Read More
June 24, 2016

Bengkel : Pemantapan Penganalisaan Soalan Kajiselidik

Khamis, 2 Jun 2016 Jawatankuasa Etika Kerja dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Penganalisaan Soalan Kajiselidik bertempat di Makmal Komputer Casemix, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM, PPUKM. Seramai lebih kurang 24 orang Pegawai Etika dan Pegawai Sains telah menyertai bengkel sehari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan […]
Read More
1 18 19 20 21 22 29

Permohonan Latihan Industri dan Latihan Sangkutan
Bagi urusan pelajar yang ingin memohon latihan di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Semua permohonan bagi Latihan Industri dan Latihan Sangkutan perlu berhubung terus dengan Unit Latihan PPUKM.

Pemohon : Pelajar
1. Pelajar IPT Swasta
2. Pelajar IPT Awam

Pemohon : Kakitangan dan Pensyarah
1. Kakitangan Swasta
2. Kakitangan Kerajaan dari Agensi, Jabatan dan Kementerian lain selain dari PPUKM
3. Pensyarah dari Agensi, Jabatan dan Kementerian lain selain dari PPUKM

Perhatian
** Walaupun latihan yang diperlukan adalah dalam jangka waktu yang singkat atau 2-3 hari atau  1 minggu, permohonan perlu juga melalui Unit Latihan PPUKM

Pautan seperti di bawah perlu menggunakan Internet Explorer
https://elik.ppukm.ukm.my/

Pengujian MERS-CoV

Berikut adalah cara-cara pengendalian MERS-CoV di PPUKM

Nota : Paparan Youtube ini hanya boleh dibuka dengan serve PPUKM selepas jam 1.00pm, Sila gunakan capaian internet di Telefon Bimbit menggunakan Data internet.

Cara Persampelan (Nasopharyngeal and Oropharyngeal Swabs)

Cara penghantaran spesimen MERS-CoV ke Makmal Mikrobiologi

PENGHANTARAN SPESIMEN MERS-COV DARI WAD KE MAKMAL KULTUR TISU JPMD

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah menawarkan ujian saringan MERS-CoV PCR di Makmal Kultur Tisu/ Makmal Biologi Molekul. Perkhidmatan dijalankan pada setiap hari bekerja bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Spesimen boleh dihantar setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.

Untuk makluman, tiada perkhidmatan ditawarkan pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan am. Oleh itu, pengujian untuk  sampel yang diterima pada waktu ini akan di jalankan pada hari bekerja.

 

Keperluan spesimen bagi pengujian ini adalah seperti berikut:

JENIS SPESIMEN BEKAS PENGANGKUTAN
SPESIMEN
PENGANGKUTAN
KE MAKMAL KULTUR TISU
Deep cough sputum Bekas steril, dalam sejuk (on ice) Kotak  spesimen khas yang dibekalkan oleh Makmal Kultur Tisu
Pleural fluid
Tracheal aspirate
Nasopharyngeal aspirate (NPA)
Bronchoalveolar lavage (BAL)
Combined nasopharyngeal and oropharyngeal swab (NP/OP swabs) VTM, dalam sejuk (on ice)

Pemohon perlu memaklumkan Makmal Kultur Tisu terlebih dahulu bagi penyediaan kotak penghantaran spesimen. Pemohon juga perlu melengkapkan Borang Permohonan Ujian Biologi Molekul PPUKM/ RP 279 (Pin.1/2018) dengan mencatat nama ujian MERS-CoV PCR di bahagian Jenis Ujian/Test

Tempoh pengujian (Turn Around Time) adalah dua (2) hari bekerja. Keputusan ujian yang telah siap (Keputusan awal) akan dimaklumkan melalui telefon dan laporan penuh boleh dicapai terus dari LIS (OMS).

Berikut adalah nombor telefon yang perlu dihubungi bagi sebarang pertanyaan mengenai ujian ini pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

Waktu perkhidmatan Nombor telefon untuk dihubungi
Waktu Pejabat

8.00 pagi – 5.00 petang

Makmal Kultur Tisu Ext : 5483
Makmal Biologi Molekul Ext : 5853
Selepas Waktu Pejabat

5.00 – 8.30 malam

 

Cuti Hujung Minggu dan Cuti Umum

8.00 pagi – 8.00 malam

Pn Haslina Mahbob 016-3445992
Cik Nor Maslini Ismail 013-6874247
En. Abd Hamydy Abd Hamid 013-2383464
Dr. Umi Kalsom Ali 019-4264004

 

Set Penghantaran

Panduan Arbovirus (Zika)

Borang Permintaan Ujian dan Informasi bagi Pengujian Jangkitan Arbovirus (Zika).