Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik

Berita Terkini

June 20, 2017

Majlis Tadarus Al-Quran

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran JPMD Selasa, 20 Jun 2017 Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, UKM telah menganjurkan majlis Tadarus...
Read More
January 3, 2017

Khidmat Masyarakat : Ombak Rindu 2016 Unit Bakteriologi

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT OMBAK RINDU 2016 UNIT BAKTERIOLOGI, JPMD DI PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG Pada 30 Julai 2016,  Unit Bakteriologi,JPMD telah menganjurkan program khidmat masyarakat “Ombak Rindu” di Pantai Bagan Lalang, Sepang yang melibatkan 50 orang peserta. Para peserta sampai di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada pukul 9 pagi. Sebelum bermulanya aktiviti, peserta dijamu dengan […]
Read More
November 1, 2016

Taklimat : Penggunaan Alat Pemadam Api

Pada 31 Oktober 2016,  Satu taklimat penggunaan alat pemadam api telah dijalankan oleh Unit Penyediaan Media JPMD bertempat di makmal Penyediaan Media dan demonstrasi penggunaan telah diadakan di ruang pakir. Taklimat disampaikan oleh Tuan Hj Sukeri Kasni selaku Pegawai Insiden JPMD. Fokus utama taklimat ini adalah sebagai proses pembelajaran berterusan kepada kakitangan. Objektif utama taklimat […]
Read More
1 17 18 19 20 21 29

Permohonan Latihan Industri dan Latihan Sangkutan
Bagi urusan pelajar yang ingin memohon latihan di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Semua permohonan bagi Latihan Industri dan Latihan Sangkutan perlu berhubung terus dengan Unit Latihan PPUKM.

Pemohon : Pelajar
1. Pelajar IPT Swasta
2. Pelajar IPT Awam

Pemohon : Kakitangan dan Pensyarah
1. Kakitangan Swasta
2. Kakitangan Kerajaan dari Agensi, Jabatan dan Kementerian lain selain dari PPUKM
3. Pensyarah dari Agensi, Jabatan dan Kementerian lain selain dari PPUKM

Perhatian
** Walaupun latihan yang diperlukan adalah dalam jangka waktu yang singkat atau 2-3 hari atau  1 minggu, permohonan perlu juga melalui Unit Latihan PPUKM

Pautan seperti di bawah perlu menggunakan Internet Explorer
https://elik.ppukm.ukm.my/

Pengujian MERS-CoV

Berikut adalah cara-cara pengendalian MERS-CoV di PPUKM

Nota : Paparan Youtube ini hanya boleh dibuka dengan serve PPUKM selepas jam 1.00pm, Sila gunakan capaian internet di Telefon Bimbit menggunakan Data internet.

Cara Persampelan (Nasopharyngeal and Oropharyngeal Swabs)

Cara penghantaran spesimen MERS-CoV ke Makmal Mikrobiologi

PENGHANTARAN SPESIMEN MERS-COV DARI WAD KE MAKMAL KULTUR TISU JPMD

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah menawarkan ujian saringan MERS-CoV PCR di Makmal Kultur Tisu/ Makmal Biologi Molekul. Perkhidmatan dijalankan pada setiap hari bekerja bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Spesimen boleh dihantar setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.

Untuk makluman, tiada perkhidmatan ditawarkan pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan am. Oleh itu, pengujian untuk  sampel yang diterima pada waktu ini akan di jalankan pada hari bekerja.

 

Keperluan spesimen bagi pengujian ini adalah seperti berikut:

JENIS SPESIMEN BEKAS PENGANGKUTAN
SPESIMEN
PENGANGKUTAN
KE MAKMAL KULTUR TISU
Deep cough sputum Bekas steril, dalam sejuk (on ice) Kotak  spesimen khas yang dibekalkan oleh Makmal Kultur Tisu
Pleural fluid
Tracheal aspirate
Nasopharyngeal aspirate (NPA)
Bronchoalveolar lavage (BAL)
Combined nasopharyngeal and oropharyngeal swab (NP/OP swabs) VTM, dalam sejuk (on ice)

Pemohon perlu memaklumkan Makmal Kultur Tisu terlebih dahulu bagi penyediaan kotak penghantaran spesimen. Pemohon juga perlu melengkapkan Borang Permohonan Ujian Biologi Molekul PPUKM/ RP 279 (Pin.1/2018) dengan mencatat nama ujian MERS-CoV PCR di bahagian Jenis Ujian/Test

Tempoh pengujian (Turn Around Time) adalah dua (2) hari bekerja. Keputusan ujian yang telah siap (Keputusan awal) akan dimaklumkan melalui telefon dan laporan penuh boleh dicapai terus dari LIS (OMS).

Berikut adalah nombor telefon yang perlu dihubungi bagi sebarang pertanyaan mengenai ujian ini pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

Waktu perkhidmatan Nombor telefon untuk dihubungi
Waktu Pejabat

8.00 pagi – 5.00 petang

Makmal Kultur Tisu Ext : 5483
Makmal Biologi Molekul Ext : 5853
Selepas Waktu Pejabat

5.00 – 8.30 malam

 

Cuti Hujung Minggu dan Cuti Umum

8.00 pagi – 8.00 malam

Pn Haslina Mahbob 016-3445992
Cik Nor Maslini Ismail 013-6874247
En. Abd Hamydy Abd Hamid 013-2383464
Dr. Umi Kalsom Ali 019-4264004

 

Set Penghantaran

Panduan Arbovirus (Zika)

Borang Permintaan Ujian dan Informasi bagi Pengujian Jangkitan Arbovirus (Zika).