Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik

Berita Terkini

January 11, 2019

BENGKEL : ANALISA DATA LIS DAN LAPORAN

Pada 11 January 2019 (Jumaat), Jawatankuasa IT JPMD menganjurkan bengkel analisa data menggunakan LIS. Bengkel di hadiri oleh Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan yang terlibat dalam analisa data pengujian di JPMD. Sesi pagi untuk teknikal LIS disampaikan oleh kakitangan Hasniza Abu bakar daripada syarikat HPS penyedia sistem LIS di HCTM. Sebelah petang pula bengkel […]
Read More
December 10, 2018

Majlis Bersama Kumpulan Perawatan Islam Darul Syifa

Pada 7 Disember 2018 (Jumaat), JPMD bersama-sama Pegurusan HCTM menganjurkan Majlis Perawatan Islam bersama dengan Kumpulan Perubatan Darul Syifa. Majlis dimulakan selepas solat Magrib kemudian disusuli dengan tazkirah dan bacaan doa. Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan JPMD yang telah melapangkan diri untuk menghadiri majlis ini.   Laporan: Hamydy Foto: Izwan
Read More
July 20, 2018

CQE: “EXTERNAL QUALITY ASSURANCE PROGRAM (EQAP) IN LAB DIAGNOSTIC”

CQE: “EXTERNAL QUALITY ASSURANCE PROGRAM (EQAP) IN LAB DIAGNOSTIC” Pada 17 Julai 2018 (Selasa) lalu, JK Jaminan Kualiti JPMD telah menganjurkan CQE bertajuk “External Quality Assurance Program (EQAP) In Lab Diagnostic” bertempat di Bilik Konferens, JPMD. Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program- program EQA yang terdapat di pasaran kini. Sesi ini dihadiri oleh […]
Read More
1 12 13 14 15 16 30

Permohonan Latihan Industri dan Latihan Sangkutan
Bagi urusan pelajar yang ingin memohon latihan di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Semua permohonan bagi Latihan Industri dan Latihan Sangkutan perlu berhubung terus dengan Unit Latihan PPUKM.

Pemohon : Pelajar
1. Pelajar IPT Swasta
2. Pelajar IPT Awam

Pemohon : Kakitangan dan Pensyarah
1. Kakitangan Swasta
2. Kakitangan Kerajaan dari Agensi, Jabatan dan Kementerian lain selain dari PPUKM
3. Pensyarah dari Agensi, Jabatan dan Kementerian lain selain dari PPUKM

Perhatian
** Walaupun latihan yang diperlukan adalah dalam jangka waktu yang singkat atau 2-3 hari atau  1 minggu, permohonan perlu juga melalui Unit Latihan PPUKM

Pautan seperti di bawah perlu menggunakan Internet Explorer
https://elik.ppukm.ukm.my/

Pengujian MERS-CoV

Berikut adalah cara-cara pengendalian MERS-CoV di PPUKM

Nota : Paparan Youtube ini hanya boleh dibuka dengan serve PPUKM selepas jam 1.00pm, Sila gunakan capaian internet di Telefon Bimbit menggunakan Data internet.

Cara Persampelan (Nasopharyngeal and Oropharyngeal Swabs)

Cara penghantaran spesimen MERS-CoV ke Makmal Mikrobiologi

PENGHANTARAN SPESIMEN MERS-COV DARI WAD KE MAKMAL KULTUR TISU JPMD

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah menawarkan ujian saringan MERS-CoV PCR di Makmal Kultur Tisu/ Makmal Biologi Molekul. Perkhidmatan dijalankan pada setiap hari bekerja bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Spesimen boleh dihantar setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.

Untuk makluman, tiada perkhidmatan ditawarkan pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan am. Oleh itu, pengujian untuk  sampel yang diterima pada waktu ini akan di jalankan pada hari bekerja.

 

Keperluan spesimen bagi pengujian ini adalah seperti berikut:

JENIS SPESIMEN BEKAS PENGANGKUTAN
SPESIMEN
PENGANGKUTAN
KE MAKMAL KULTUR TISU
Deep cough sputum Bekas steril, dalam sejuk (on ice) Kotak  spesimen khas yang dibekalkan oleh Makmal Kultur Tisu
Pleural fluid
Tracheal aspirate
Nasopharyngeal aspirate (NPA)
Bronchoalveolar lavage (BAL)
Combined nasopharyngeal and oropharyngeal swab (NP/OP swabs) VTM, dalam sejuk (on ice)

Pemohon perlu memaklumkan Makmal Kultur Tisu terlebih dahulu bagi penyediaan kotak penghantaran spesimen. Pemohon juga perlu melengkapkan Borang Permohonan Ujian Biologi Molekul PPUKM/ RP 279 (Pin.1/2018) dengan mencatat nama ujian MERS-CoV PCR di bahagian Jenis Ujian/Test

Tempoh pengujian (Turn Around Time) adalah dua (2) hari bekerja. Keputusan ujian yang telah siap (Keputusan awal) akan dimaklumkan melalui telefon dan laporan penuh boleh dicapai terus dari LIS (OMS).

Berikut adalah nombor telefon yang perlu dihubungi bagi sebarang pertanyaan mengenai ujian ini pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

Waktu perkhidmatan Nombor telefon untuk dihubungi
Waktu Pejabat

8.00 pagi – 5.00 petang

Makmal Kultur Tisu Ext : 5483
Makmal Biologi Molekul Ext : 5853
Selepas Waktu Pejabat

5.00 – 8.30 malam

 

Cuti Hujung Minggu dan Cuti Umum

8.00 pagi – 8.00 malam

Pn Haslina Mahbob 016-3445992
Cik Nor Maslini Ismail 013-6874247
En. Abd Hamydy Abd Hamid 013-2383464
Dr. Umi Kalsom Ali 019-4264004

 

Set Penghantaran

Panduan Arbovirus (Zika)

Borang Permintaan Ujian dan Informasi bagi Pengujian Jangkitan Arbovirus (Zika).