Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik

Berita Terkini

February 18, 2019

CME : Pipetting Technique and Pipette Calibration & Adjustment

Pada 18 Februari 2019, telah diadakan CME yang bertajuk  “Pipetting Technique and Pipette Calibration & Adjustment”. CME ini dianjurkan oleh Gugusan Mikrobiologi dengan kerjasama dari syarikat Nanogene Solution Sdn Bhd. CME di sampaikan oleh Ms Cheong Zhin Whee. CME ini dihadiri oleh 58 orang kakitangan JPMD dari pelbagai unit. Dalam CME ini kakitangan di terangkan […]
Read More
January 29, 2019

BENGKEL: Basic Molecular Workshop For Infectious Diasease

Pada 24-25 January 2019, telah diadakan Bengkel Basic Molecular Workshop For Infectious Diasease . Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan dan Unit Kultur Tisu JPMD. Bengkel ini di hadiri oleh Pegawai Perubatan (Master MPATH), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan yang terlibat dalam bidang Molekular. Penceramah yang terlibat dalam […]
Read More
January 11, 2019

BENGKEL : ANALISA DATA LIS DAN LAPORAN

Pada 11 January 2019 (Jumaat), Jawatankuasa IT JPMD menganjurkan bengkel analisa data menggunakan LIS. Bengkel di hadiri oleh Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan yang terlibat dalam analisa data pengujian di JPMD. Sesi pagi untuk teknikal LIS disampaikan oleh kakitangan Hasniza Abu bakar daripada syarikat HPS penyedia sistem LIS di HCTM. Sebelah petang pula bengkel […]
Read More
1 11 12 13 14 15 29

Permohonan Latihan Industri dan Latihan Sangkutan
Bagi urusan pelajar yang ingin memohon latihan di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Semua permohonan bagi Latihan Industri dan Latihan Sangkutan perlu berhubung terus dengan Unit Latihan PPUKM.

Pemohon : Pelajar
1. Pelajar IPT Swasta
2. Pelajar IPT Awam

Pemohon : Kakitangan dan Pensyarah
1. Kakitangan Swasta
2. Kakitangan Kerajaan dari Agensi, Jabatan dan Kementerian lain selain dari PPUKM
3. Pensyarah dari Agensi, Jabatan dan Kementerian lain selain dari PPUKM

Perhatian
** Walaupun latihan yang diperlukan adalah dalam jangka waktu yang singkat atau 2-3 hari atau  1 minggu, permohonan perlu juga melalui Unit Latihan PPUKM

Pautan seperti di bawah perlu menggunakan Internet Explorer
https://elik.ppukm.ukm.my/

Pengujian MERS-CoV

Berikut adalah cara-cara pengendalian MERS-CoV di PPUKM

Nota : Paparan Youtube ini hanya boleh dibuka dengan serve PPUKM selepas jam 1.00pm, Sila gunakan capaian internet di Telefon Bimbit menggunakan Data internet.

Cara Persampelan (Nasopharyngeal and Oropharyngeal Swabs)

Cara penghantaran spesimen MERS-CoV ke Makmal Mikrobiologi

PENGHANTARAN SPESIMEN MERS-COV DARI WAD KE MAKMAL KULTUR TISU JPMD

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah menawarkan ujian saringan MERS-CoV PCR di Makmal Kultur Tisu/ Makmal Biologi Molekul. Perkhidmatan dijalankan pada setiap hari bekerja bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Spesimen boleh dihantar setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.

Untuk makluman, tiada perkhidmatan ditawarkan pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan am. Oleh itu, pengujian untuk  sampel yang diterima pada waktu ini akan di jalankan pada hari bekerja.

 

Keperluan spesimen bagi pengujian ini adalah seperti berikut:

JENIS SPESIMEN BEKAS PENGANGKUTAN
SPESIMEN
PENGANGKUTAN
KE MAKMAL KULTUR TISU
Deep cough sputum Bekas steril, dalam sejuk (on ice) Kotak  spesimen khas yang dibekalkan oleh Makmal Kultur Tisu
Pleural fluid
Tracheal aspirate
Nasopharyngeal aspirate (NPA)
Bronchoalveolar lavage (BAL)
Combined nasopharyngeal and oropharyngeal swab (NP/OP swabs) VTM, dalam sejuk (on ice)

Pemohon perlu memaklumkan Makmal Kultur Tisu terlebih dahulu bagi penyediaan kotak penghantaran spesimen. Pemohon juga perlu melengkapkan Borang Permohonan Ujian Biologi Molekul PPUKM/ RP 279 (Pin.1/2018) dengan mencatat nama ujian MERS-CoV PCR di bahagian Jenis Ujian/Test

Tempoh pengujian (Turn Around Time) adalah dua (2) hari bekerja. Keputusan ujian yang telah siap (Keputusan awal) akan dimaklumkan melalui telefon dan laporan penuh boleh dicapai terus dari LIS (OMS).

Berikut adalah nombor telefon yang perlu dihubungi bagi sebarang pertanyaan mengenai ujian ini pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

Waktu perkhidmatan Nombor telefon untuk dihubungi
Waktu Pejabat

8.00 pagi – 5.00 petang

Makmal Kultur Tisu Ext : 5483
Makmal Biologi Molekul Ext : 5853
Selepas Waktu Pejabat

5.00 – 8.30 malam

 

Cuti Hujung Minggu dan Cuti Umum

8.00 pagi – 8.00 malam

Pn Haslina Mahbob 016-3445992
Cik Nor Maslini Ismail 013-6874247
En. Abd Hamydy Abd Hamid 013-2383464
Dr. Umi Kalsom Ali 019-4264004

 

Set Penghantaran

Panduan Arbovirus (Zika)

Borang Permintaan Ujian dan Informasi bagi Pengujian Jangkitan Arbovirus (Zika).