MISI
Memberi perkhidmatan reproduktif berkualiti, cekap, tepat dan selamat kepada pasangan berteraskan pakar reproduktif dan pegawai embriologi yang berpengalaman serta kakitangan yang berkemahiran, disamping kemudahan teknologi Reproduktif terkini.

Visi Pusat Reproduktif:

  1. Menyediakan perkhidmatan yang berpusatkan pesakit yang bermutu tinggi kepada komuniti dengan cara yang berkesan dan cekap dengan penggunaan sumber-sumber yang optimum, dengan usaha yang bersepadu untuk memenuhi keperluan pesakit, memotivasi kakitangan dan mengundang penyertaan awam.
  2. Memanfaatkan kepakaran kakitangan dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras dalam usaha menyediakan penjagaan tersier khas kepada pesakit.
  3. Menyediakan latihan dan kursus kepada doktor pakar perubatan, embriologis, jururawat, doktor perubatan pasca siswazah dan pekerja kesihatan bersekutu di Malaysia.
  4. Menjalankan penyelidikan dalam rawatan kesuburan untuk meningkatkan pengurusan pesakit dan meningkatkan pengetahuan kakitangan dan awam.