1. Untuk menjadi pusat rujukan cemerlang dalam bidang kesihatan reproduktif di negara dan rantau ini.
  2. Untuk menjadi pusat penyelidikan cemerlang dalam bidang kesihatan reproduktif di negara dan rantau ini.
  3. Untuk memberikan perkhidmatan rawatan, pendidikan dan promosi kesihatan reproduktif kepada penduduk di kawasan Cheras, Ampang dan Hulu Langat hingga ke Semenyih dan Bangi.
  4. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan latihan yang komprehensif dan bersepadu kepada pelajar-pelajar pasca siswazah Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.
  5. Untuk menyediakan latihan dalam sub-kepakaran reproduktif di negara ini, serta latihan kepakaran untuk Pegawai Sains (Embriologi) dan Juruteknologi Makmal Perubatan (Andrologi).
  6. Untuk membekalkan kemudahan dan peralatan yang berkualiti bagi membantu dalam kegiatan penyelidikan dalam bidang perubatan dan kesihatan.
  7. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan reproduktif yang moden, canggih dan terkini untuk perawatan kesihatan reproduktif.
  8. Untuk menyediakan latihan yang komprehensif dan bersepadu kepada kakitangan bagi memantapkan keupayaan dan kemahiran dalam menjalankan tugas.