- Apakah yang dimaksudkan dengan IVF atau In-vitro Fertilization atau Bayi Tabung Uji?
Ia adalah rawatan fertiliti di mana telur dipersenyawakan oleh sperma di dalam makmal tabung uji.
- Siapakah yang sesuai menjalani rawatan IVF?
-
- Wanita yang mempunyai kedua-dua belah saluran peranakannya yang tersumbat
- Wanita yang berumur lebih dari 35 tahun dan sudah mengalami masalah kemandulan lebih dari 5 tahun
- Pasangan yang menghidapi masalah ‘unexplained infertility’
- Lelaki yang menghidapi masalah sperma yang teruk sama ada dari segi bilangan, pergerakan atau kualitinya
- Wanita yang menghidapi masalah endometriosis yang teruk
- Pasangan yang telah menjalani rawatan IUI beberapa kali tetapi masih gagal untuk hamil
- Bagaimanakah prosedur IVF ini dijalankan?
Prosedur IVF adalah lebih rumit dan melibatkan beberapa prosedur seperti di bawah:
-
- Pasangan wanita akan mula menerima beberapa suntikan hormone selalunya hari kedua haid setiap hari (ini terpulang kepada regimen IVF yang digunakan). Tujuan suntikan hormon ini ialah untuk merangsang kilang telur untuk menghasilkan lebihan folikel.
- Imbasan scan akan dilakukan beberapa kali untuk memantau folikel. Dos hormon akan dinaikkan atau dikurangkan bergantung kepada respon folikel.
- Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang teratur (‘28 – 30’ day cycle), folikel selalunya akan matang hari ke 12-14 haid dan prosedur ‘oocyte retrieval’ (OR) akan dilakukan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.