- Apakah yang dimaksudkan dengan IUI atau Permanian Berhadas atau Intrauterine Insemination?
IUI adalah salah satu prosedur rawatan untuk infertiliti yang melibatkan sperma dimasukkan ke dalam rahim dengan menggunakan tiub plastik. Ini adalah untuk memastikan sebanyak mungkin sperma yang aktif dapat sampai ke dalam saluran peranakan untuk mempersenyawakan telur (ovum).
- Siapakah yang sesuai untuk menerima rawatan IUI?
Rawatan IUI ini adalah sesuai untuk pasangan berikut:
-
- Pasangan wanita yang mempunyai salah satu dari saluran peranakannya yang tidak tersumbat.
- Pasangan lelaki mempunyai pergerakan atau nombor sperma yang kurang.
- Pasangan yang mempunyai masalah hubungan seksual.
- Pasangan yang masih tidak berjaya hamil walaupun telah diberikan ubat rangsangan telur seperti Clomid
- Pasangan yang menghidapi ‘unexplained infertility’
- Bagaimana prosedur IUI dijalankan?
Prosedur IUI biasanya melibatkan pasangan wanita diberikan ubat atau hormon untuk merangsangkan telur. Imbasan scan akan dilakukan untuk ‘monitor’ saiz perkembangan folikel. Apabila saiz folikel melebihi 17-18mm ke atas , ubat HCG akan diberikan untuk mematangkan folikel yang akan pecah. 36 jam selepas suntikan HCG diberikan, prosedur IUI akan dibuat as ‘out-patient’ basis. Pada hari IUI, pasangan lelaki diminta memberikan sampel sperma yang akan ‘diproses’ di dalam makmal di mana setelah sel-sel, plasma dan sperma yang mati diasingkan, sperma yang aktif akan diperolehi di dalam larutan terakhir. Sperma ini akan dimasukkan ke dalam rahim isteri melalui tiub plastik halus. Prosedur IUI adalah mudah dan selalunya mengambil masa hanya 5 minit untuk kebanyakan pesakit.