PENYELAMAT SENYAP: “Komuniti Orang Pekak Kuasai Kemahiran CPR Selamatkan Nyawa”

26 April 2026 – Kursus Pembangunan Jurulatih CPR bagi Komuniti Orang Pekak telah berjaya dilaksanakan bertempat di Fakulti Perubatan UKM. Program ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hisham Isa dengan sokongan fasilitator dari Jabatan Perubatan Kecemasan Fakulti Perubatan, serta penglibatan pelajar dari Fakulti Pendidikan sebagai pembantu komunikasi.

Program ini bukan sekadar latihan, tetapi satu usaha memperkasa komuniti orang pekak dengan kemahiran menyelamatkan nyawa melalui pendekatan inklusif yang holistik. Peserta didedahkan dengan teknik asas mengajar CPR yang mudah difahami dan diaplikasikan, selaras dengan konsep 5T iaitu Tengok, Tegur, Telefon, Teliti dan Tekan sebagai panduan tindakan pantas dalam situasi kecemasan. Inisiatif ini membuktikan bahawa kekangan komunikasi bukanlah penghalang untuk orang pekak menjadi jurulatih CPR.

Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat diperluaskan bagi membina masyarakat yang lebih inklusif, cakna dan bersedia menghadapi kecemasan.

Search

+