Majlis Penyerahan Tapak Decanting Jabatan Perubatan Kecemasan
Majlis Penyerahan Tapak Decanting Jabatan Perubatan Kecemasan telah diadakan melibatkan penyerahan tapak oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai persediaan bagi perpindahan sementara operasi Jabatan Perubatan Kecemasan. Perpindahan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang melibatkan pembangunan ruang tambahan serta kerja-kerja menaik taraf Jabatan Perubatan Kecemasan.
Sehubungan itu, Jabatan Perubatan Kecemasan akan beroperasi di lokasi decanting sementara bermula 23 Mei 2026 (Sabtu) sehingga dimaklumkan kelak. Langkah ini diambil bagi memastikan perkhidmatan rawatan kecemasan kepada pesakit dapat diteruskan dengan lancar sepanjang tempoh pelaksanaan projek pembangunan tersebut.
Orang ramai dimohon mengambil maklum berkenaan perubahan lokasi operasi ini dan mengikuti sebarang hebahan atau makluman terkini yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

