Hebahan Gangguan Pendaftaran Akaun Sistem E-Vetting 2.0

25 Oct 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan hebahan atas talian dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang dikeluarkan pada 07 Oktober 2021 mengenai perkara ini adalah berkaitan.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. / Datuk/ Datin / Tuan/ Puan yang terlibat dalam urusan pendaftaran baru ke sistem ini perlu membuat pendaftaran secara manual serta mengemukakan maklumat tersebut yang diperlukan seperti di bawah dan hantar ke alamat emel rasmi ejawatan@ppukm.ukm.edu.my untuk tindakan selanjutnya:

a) Borang Pendaftaran Akaun Pengguna Baru Sistem e- Vetting 2.0 ;

b) Format penyediaan salinan kad pengenalan.

Kerjasama dan tindakan segera YBhg. Prof. / Datuk/ Datin / Tuan/ Puan dalam dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Pemakluman Pengoperasian Jabatan Sumber Manusia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh (Total Lockdown)

2 Jun 2021

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh (Total Lockdown) di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Sumber Manusia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) memaksimumkan keberadaan kakitangan di pejabat pada tahap 20% dan penutupan urusan di kaunter mulai 1 Jun 2021 sehingga diberitahu kelak.

Walaubagaimanapun, kakitangan dan pelawat masih boleh menghubungi Jabatan ini melalui nombor sambungan 5151 (waktu pejabat) atau emel seperti di Jadual Operasi Jabatan ini atau layari laman web hctm.ukm.my/jsm.

Sekian dimaklumkan.

Ketua
Jabatan Sumber Manusia, HCTM

Lampiran Pemakluman Jadual Operasi Jabatan Sumber Manusia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan PErgerakan (PKP) Penuh Fasa 1

Pemakluman Pengoperasian Jabatan Sumber Manusia HCTM Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

18 May 2021

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Mentari Malaysia,  Jabatan Sumber Manusia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) memaksimumkan keberadaan kakitangan di pejabat pada tahap 30% dan pengurangan urusan di kaunter  mulai 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021.

 Walaubagaimanapun, kakitangan dan pelawat masih boleh menghubungi Jabatan ini melalui telefon 03-9145 5151 atau emel kjsm@ppukm.ukm.edu.my.

Sekian dimaklumkan.

Ketua

Jabatan Sumber Manusia, HCTM

Pemakluman Pengoperasian Jabatan Sumber Manusia HCTM Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

18 Jan 2021

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Sumber Manusia, HCTM telah memaksimumkan keberadaan kakitangan di pejabat pada tahap 30 peratus dan pengurangan urusan di kaunter pejabat mulai 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021.

Walau bagaimanapun, kakitangan dan pelawat masih boleh menghubungi Jabatan ini melalui telefon 03-91455151 atau emel ke kjsm@ppukm.ukm.edu.my.

Sekian dimaklumkan.

Ketua
Jabatan Sumber Manusia, HCTM

Permohonan Perjawatan Melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Bagi Tahun 2022 HCTM

9 Nov 2020

Adakah dimaklumkan, setiap tahun semua Universiti Awam akan mengemukakan permohonan keperluan perjawatan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan akan diteliti bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam melalui sesi runding cara Anggaran Belanja Mengurus (ABM). Semua jabatan diminta untuk mengemukakan cadangan permohonan perjawatan melalui ABM 2022 dan dihantar terus kepada Ketua Jabatan Sumber Manusia HCTM. Berikut dilampirkan surat edaran berkaitan, panduan tatacara permohonan ABM, dan contoh maklumat ABM.

Pengemaskinian Tanggungan Susulan Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Ibu Bapa Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Warganegara

16 Aug 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Bersama-sama ini dilampirkan surat berkaitan Pengemaskinian Tanggungan Susulan Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Ibu Bapa Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Warganegara sebagai makluman pihak YBhg. Prof. / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-9145 6455/5127.

Sekian, dimaklumkan.

Pautan :

Pengemaskinian Tanggungan Susulan Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Ibu Bapa Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Warganegara

Peringatan Mesra : Kaedah Baru Pelaksanaan Pembaharuan Kontrak Perkhidmatan Kakitangan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana

15 May 2019

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Bersama-sama ini dilampirkan surat berkaitan Kaedah Baru Pelaksanaan Pembaharuan Kontrak Perkhidmatan Kakitangan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana sebagai makluman pihak YBhg. Prof. / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-9145 6454.

Sekian, dimaklumkan.

Pautan :

Pemakluman Pengemaskinian Rekod Peribadi Di Dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)

12 Mar 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berlampir adalah makluman daripada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (KKL) untuk perhatian warga Kampus Kuala Lumpur.

  1. Pemakluman Pengemaskinian HRMIS 2019
  2. Pemakluman Pengemaskinian Rekod Peribadi Di Dalam Sistem HRMIS

Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan berkaitan HRMIS bagi kakitangan lantikan HCTM (Tetap) boleh berhubung dengan urus setia / Pentadbir HRMIS HCTM iaitu Puan Rohaya Ismail (03-91455170) / Encik Abd Hamid Ismail (03-91455164) / Puan Siti Amira Muhammad (03-91455163) / e-mel (hrmis@ppukm.ukm.edu.my).

Sekian, terima kasih.

Makluman : Peringatan Mesra: Tempoh Pengisian KPI

21 Nov 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ To’ Puan/ Tuan/ Puan,

Berlampir adalah makluman daripada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

(Kampus Kuala Lumpur) UKM untuk perhatian YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/

Puan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-91455159.
1 2 3

Search

+