Unit Penerbitan Grafik (UPG), Jabatan Multimedia dan Penyiaran (JMP) berperanan dalam menyalurkan maklumat melalui komunikasi visual dengan memastikan hasil kerja yang kreatif, inovatif dan berkesan. Terdapat dua (2) seksyen di bawah UPG JMP iaitu seksyen grafik dan seksyen percetakan. Perincian fungsi adalah seperti berikut:


Seksyen Grafik

a. Memberi khidmat nasihat reka bentuk grafik termasuk idea & konsep, susun atur, ukuran dan tipografi bagi bahan grafik digital dan pencetakan.

b. Mereka bentuk dan mereka letak grafik poster, buletin, web, iboard backdrop, bunting, banner, flyers, phamplet, booklet, sijil, kad nama, buku dan seumpamanya mengikut konsep yang telah dipersetujui.

c. Menyediakan program khidmat kepakaran dalam bidang seni reka grafik mengikut keperluan kumpulan sasaran.

 

 


Seksyen Percetakan

  1. Menyediakan perkhidmatan pencetakan digital mengikut spesifikasi, kualiti dan kuantiti yang ditetapkan.
  2. Imbasan dan fotokopi borang, dokumen, kertas peperiksaan, bahan hebahan dan seumpamanya.
  3. Penjilidan bahan cetakan termasuk buku, laporan dan seumpamanya.