PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI FELDA SOEHARTO

6 Nov 2026

Tarikh     : 10 Oktober 2026
Masa        : 8.30 pagi – 1.30 tengah hari
Tempat    : Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu

Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP), HCTM sekali lagi telah menganjurkan Program KPT Prihatin Madani di Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu. Program ini bertujuan untuk melaksanakan saringan awal kesihatan bagi mengenal pasti faktor risiko penyakit, di samping meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.

Objektif utama program ini adalah untuk menyantuni penduduk Felda Soeharto melalui penyediaan perkhidmatan klinikal bergerak (mobile clinical service) dengan membawa perkhidmatan kesihatan hospital kepada komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah saringan kesihatan, ziarah kasih (home visit), demonstrasi penjagaan gigi dan teknik mencuci tangan, serta aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan menjawab kuiz.

Seramai 150 orang penduduk telah menyertai saringan kesihatan yang dijalankan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak pengurusan dan penduduk setempat. Pelaksanaan program ini melibatkan seramai 32 orang petugas, termasuk tiga orang pegawai perubatan, bagi memastikan kelancaran aktiviti sepanjang program berlangsung.

Program ini telah berjaya dilaksanakan di bawah seliaan Encik Ahmad Zamri bin Noordin dan diketuai oleh Encik Abdul Hamid bin Ismail. Turut memberikan kerjasama ialah Jabatan Kejururawatan serta Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial yang bersama-sama menyokong pelaksanaan program ini.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan dan amalan penjagaan kesihatan yang baik.

Search

+