PENGHARGAAN ATAS KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN PELANGGAN

24 Sep 2026

Tahniah dan syabas kepada Cik Sharifah Amelia Syahirah Binti Syed Mohamed Akhyar atas pujian dan penghargaan daripada seorang pesakit berikutan layanan mesra, prihatin dan profesional ketika membantu urusan di Kaunter Perubatan 1, HCTM.

Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi, komitmen serta keprihatinan yang dizahirkan. Sikap profesional dan empati beliau bukan sahaja memberikan pengalaman positif kepada pesakit, malah turut memperkukuh imej dan reputasi HCTM.

Pengiktirafan ini mencerminkan penghayatan nilai “Cekap, Pantas, Mesra” serta komitmen JKP dalam membudayakan perkhidmatan yang berkualiti dan berorientasikan pelanggan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang serta inspirasi kepada seluruh warga JKP dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Search

+