Sumbangan 50 unit katil lipat daripada Puan May

16 Jul 2021

Sebanyak 50 unit katil lipat telah disumbangkan oleh Puan May Lon pada 12 Julai yang lepas. Sumbangan disampaikan kepada wakil kakitangan Jabatan Kecemasan yang diketuai oleh Prof Dr Tan Toh Leong. Jutaan terima kasih dari pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM kepada Puan May atas sumbangan yang diberikan.

Sumbangan set PPE daripada The V(We) Project 2021

8 Jul 2021

Hospital Canselor Tuanku Muhriz HCTM menerima beberapa jenis set PPE daripada The V(We) Project 2021. Antara PPE yang disumbangkan ialah 17 kotak “surgical face mask 3ply”, 10 Kotak “latex and nitrile glove non powder”, 110 helai “non woven isolation gown/surgical” dan 130 helai “medical CPE gown”. Menurut wakil setiausaha THE V(WE) PROJECT 2021, Cik Tan, projek ini merupakan inisiatif baharu pelajar Fakulti Perubatan UKM untuk bergerak aktif memberikan maklumat yang tepat dan pendedahan mengenai kepentingan vaksin dan imunisasi kepada masyarakat umum, terutamanya semasa penularan pandemik COVID-19. Terima kasih atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.

Sumbangan daripada Dato’ Hj Mohamed Zainal Abidin Bin Hj Abdul Kadir daripada YTL Corporation Berhad

6 Jul 2021

Sebanyak 10 unit kerusi roda telah disumbangkan oleh Dato’ Hj Mohamed Zainal Abidin Bin Hj Abdul Kadir daripada YTL Corporation Berhad pada 2 Julai yang lepas. Kedatangan penyumbang telah disambut mesra oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kuala Lumpur dan Puan Yasmin Rahimi, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Media. Sumbangan ini merupakan sumbangan peribadi Dato’ Hj Hohamed Zainal kepada HCTM.

Sumbangan daripada Fo Guang Shan Malaysia

6 Jul 2021

Pada 2 Julai 2021 yaang lepas, sebanyak 10 unit Oxygen Concentrators daripada Fo Guang Shan Malaysia telah disumbangan kepada HCTM. Wakil pengurusan HCTM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor sempat bertemu dan menyambut kedatangan pihak penyumbang. Sumbangan ini merupakan CSR pihak berkenaan untuk membantu pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Bicara Santai HCTM Siri 2 /2021

5 Jul 2021

Bicara Santai HCTM Siri 2/2021 telah diadakan pada 29 Jun 2021, jam 2.30 petang melalui aplikasi webex meeting. Pelbagai topik telah dibincangkan dalam bicara ini bersama dua orang panel jemputan iaitu Encik Shahrol Iza Suid Albana, Ketua Jabatan Multimedia dan Penyiaran dan Encik Rosli Nasir, Ketua Unit Fotografi, Jabatan Multimedia dan Penyiaran. Tajuk yang dibincangkan ialah berkenaan multimedia dan penyiaran. Program ini merupakan program siri kedua atas talian anjuran Unit Pengurusan Acara, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan.

Sembang Santai Perpisahan Kakitangan – Puan Hafizah Mohamad Isa

28 May 2021

Sembang Santai Perpisahan Kakitangan – Puan Hafizah Mohamad Isa telah diadakan pada 27 Mei 2021, 3.30 petang secara atas talian di platform GoogleMeet. Puan Hafizah bertugas di Unit Khidmat Pelanggan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan selama setahun lima bulan dan akan bertukar penempatan ke Jabatan Psikiatri mulai 1 Jun 2021 ini. Sesi ini diadakan bagi memberi peluang kepada rakan-rakan setugas memberikan ucapan dan ramah mesra bersama Puan Hafizah.  Ucapan aluan dimulakan dengan Puan Aliza Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan dan ucapan daripada Puan Hafizah serta rakan-rakan. Moderator sesi ialah Encik Muhamad Khairi Khalis, Ketua Unit Khidmat Pelanggan. Kami di JKKKP mendokan Puan Hafizah selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas di tempat yang baharu. 

Program Ihya’ Semarak Ramadan Jalinan Kasih anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP)

10 May 2021

Program Ihya’ Semarak Ramadan Jalinan Kasih anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP) telah diadakan pada 30 April 2021 dengan menyampaikan 400 pek bubur lambuk kepada warga HCTM. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Aliza Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan kepada kakitangan di Pejabat Pengarah, Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Multimedia dan Penyiaran, Unit Forensik JPMD, CSSD, Kaunter Keselamatan, dan Unit Telekar. Aktiviti ini merupakan program khidmat masyarakat JKKKP sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak.

Sumbangan 150 pek makanan iftar daripada Live Consistant Sdn Bhd

5 May 2021

Sumbangan sebanyak 150 pek makanan iftar daripada Live Consistant Sdn Bhd telah disumbangakan pada 4 Mei 2021. Sumbangan diagihkan kepada kakitangan bertugas di Klinik Ortopedik, Klinik ENT dan Prasarana. Agihan telah disampaikan melalui Unit Komunikasi Korporat dan Media kepada wakil-wakil klinik yang terlibat.

CIPLA Malaysia Sdn Bhd Sumbang Set PPE dan Hand Sanitizer

28 Apr 2021

CIPLA Malaysia Sdn Bhd hari ini telah menyumbangkan sebanyak 60 kotak perisai muka dan 30 kotak isolation gown pada 22 April yang lalu. Selain itu syarikat juga turut menyumbangkan 4 botol hand sanitizer bersama-sama standee untuk kegunaan awam dan kakitangan. Set PPE telah diserahkan kepada Stor Pusat dan hand sanitizer berserta standee telah diserahkan kepada Jabatan Farmasi untuk diletakkan di kawasan yang sesuai. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan. #HCTM#UKM#BetterFasterFriendlier

1 2 3 4 5 6

Search

+