Pada 15 Julai 2021 yang lalu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Kreatif dan Teknikal telah menjalankan penerbitan kandungan kreatif Lensa Nasional dan Banteras Covid-19 yang akan ditayangkan di saluran RTM, BERNAMA TV, saluran TVS dan Youtube FINAS. Antara objektif penggambaran ini ialah untuk memberikan gambaran jelas kepada orang ramai mengenai operasi dan khidmat HCTM bagi pemberian vaksin pandu lalu (drive thru) kepada Orang Kurang Upaya, dokumentasi dan penggambaran melibatkan operasi dan perkhidmatan Jabatan Perubatan Makmal Diagnostik (JPMD) dan skop-skop lain yang penting. Pada masa yang sama juga, pihak pengurusan FINAS juga berpeluang menemu ramah Pihak produksi juga sempat menemu ramah Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk penggambaran ini. HCTM amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama strategik bersama FINAS dalam menyebarkan infomasi tepat dan sahih mengenai Covid-19 kepada penonton sebagai kempen kerajaan bagi mempromosi pencegahan Covid-19 kepada rakyat melalui hebahan di platform penyiar, media sosial dan tayangan komuniti.
