Melestarikan Kesejahteraan Pengamal Media: Kejayaan Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT 2026

2 Jul 2026

Dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan warga media yang menjadi nadi penggerak informasi negara, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT pada 24 Jun 2026 lalu. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

Program yang diselaraskan oleh Jabatan Komunikasi Korproat HCTM bermula pada jam 10.00 pagi di Lobi East, Astro Bukit Jalil. Kehadiran pasukan perubatan HCTM bagi mendekati pengamal media membuktikan komitmen tinggi agensi kerajaan dalam menterjemahkan pendekatan kesihatan dan kesejahteraan komuniti secara praktikal. Inisiatif ini bukan sekadar satu bentuk penghargaan, malah menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pengamal media yang sering mendepani jadual kerja yang padat dan mencabar.

Program saringan kesihatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 150 kakitangan Astro hadir memanfaatkan peluang yang disediakan. Pada peringkat awal, para peserta dikehendaki menjalani saringan kesihatan asas. Antara pemeriksaan yang dilakukan termasuklah semakan tekanan darah, Indeks Jisim Tubuh (BMI), ujian tahap kolesterol, serta pemeriksaan kadar gula dalam darah. Saringan awal ini penting sebagai petunjuk aras (indicator) tahap kesihatan semasa individu sebelum beralih ke fasa pemeriksaan yang lebih spesifik.

Menariknya, program kali ini tidak hanya terhad kepada pemeriksaan yang biasa. Selepas mendapat konsultasi asas daripada petugas kesihatan, para peserta turut berpeluang merujuk ke kaunter saringan khusus yang dibuka khas. Antaranya termasuklah kaunter saringan kesihatan paru-paru, kulit, buah pinggang, dan juga pemeriksaan peti suara iaitu komponen yang amat kritikal bagi pengacara dan wartawan penyiaran. Pendekatan holistik ini membolehkan warga media mengesan awal sebarang simptom penyakit kronik atau masalah kesihatan yang berpotensi menjejaskan prestasi kerja mereka.

Secara keseluruhannya, Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT 2026 telah mencapai objektifnya dalam memupuk budaya gaya hidup sihat di tempat kerja. Komitmen yang ditunjukkan oleh HCTM dan KPT ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan, sekali gus memastikan “wira yang tidak didendang” di sebalik tabir media negara ini sentiasa berada pada tahap kesihatan yang optimum demi kelangsungan penyampaian maklumat kepada bangsa dan negara.

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1HDAd73i65/?mibextid=wwXIfr

Jemputan Program Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Pekerja 2026

12 May 2026

Adalah dimaklumkan  Jabatan Komunikasi Korporat akan mengadakan Program Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Pekerja 2026 pada 14 Mei 2026 (Khamis), jam 9:30 pagi bertempat di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Sukacitanya warga HCTM dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Majlis Penyampaian Juadah Sempena Hari Raya Aidilfitri

21 Mar 2026
Majlis Penyampaian Juadah Sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 1 Syawal 1447H di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Majlis berlangsung secara sederhana bagi meraikan dan menghargai sumbangan warga HCTM yang bertugas demi berbakti kepada masyarakat setempat pada Hari Raya. Sebanyak 640 pek juadah pelbagai menu dan 65 hamper raya telah diagihkan kepada kakitangan yang bertugas melibatkan Jabatan Klinikal, Sokongan Klinikal, Pentadbiran dan sebahagian dari Kampus Kuala Lumpur. Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) mewakili Pengarah HCTM.

Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM

16 Mar 2026
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM pada 16 Mac 2026 bertempat di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.
Seawal jam 9.00 pagi, para sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja hospital mula berkumpul bagi menyediakan hidangan istimewa sempena menyambut kedatangan Syawal. Pelbagai aktiviti penyediaan rendang dijalankan secara bersama seperti memotong daging, meracik bawang, memasak rendang secara bergilir-gilir serta membungkus makanan. Suasana yang santai namun penuh kerjasama jelas memperlihatkan semangat gotong-royong dalam kalangan warga kerja HCTM, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan warga hospital.
Sebanyak 700 pek rendang daging berjaya disediakan untuk diagihkan kepada warga kerja hospital. Seawal jam 3.00 petang, lokasi agihan mula dikunjungi warga kerja yang hadir untuk mendapatkan pek rendang sambil berkongsi kemeriahan menjelang sambutan Aidilfitri.
Pengurusan HCTM yang hadir menjayakan program ini, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Suraya Abdul Hamid, Ketua Jabatan Kewangan dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.

Jemputan Bicara Pengarah HCTM sempena Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil. 1/2026

29 Jan 2026

Adalah dimaklumkan bahawa Bicara Pengarah HCTM sempena Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil. 1/2026 akan diadakan pada 4 Februari 2026 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.

Sukacitanya warga HCTM dijemput hadir.

Pautan soalan untuk sesi Soal Jawab Bersama Pengurusan HCTM :- https://forms.gle/UQp5g7EcxAqNnnqu8

Sekian, terima kasih.

Program Sukan Rakyat Galah Panjang bersempena menyambut Hari Kebangsaan 2025

28 Aug 2025

Pada 27 Ogos 2025 (Rabu), Program Sukan Rakyat Galah Panjang bersempena menyambut Hari Kebangsaan 2025 peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan di Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Program ini melibatkan hampir 60 kakitangan yang mewakili pelbagai Jabatan, Unit dan Pusat di bawah portfolio pengurusan HCTM.

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim dan mengeratkan hubungan ukhuwah antara Pengarah, Ahli Pengurusan serta kakitangan hospital. Selain itu, program ini turut menggalakkan perpaduan dan semangat berpasukan melalui aktiviti sukan tradisional dan mewujudkan suasana mesra dan harmoni di antara warga kerja HCTM. Program telah dimulakan dengan acara senamrobik sebelum ke acara kemuncak, iaitu pertandingan permainan tradisional Galah Panjang. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Galah Panjang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.

Turut hadir memberi sokongan kepada program ini, YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan dan Puan Masrifah Zakaria, YBrs. Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.

 

Video Raya: Rendang Untuk Aliff

10 Apr 2025

Pengambaran Video Raya berjudul ‘Rendang Untuk Aliff’ telah ditayangkan kada 29 Mac 2025 di platform Facebook HCTM dan HCTM TV. Pengambaran yang dihasilkan bermula bulan Ramadan ini telah dihasilkan dengan kerjasama Jabatan Multimedia Penyiaran dan bakat-bakat daripada kakitangan HCTM. Pengambaran ini dijalankan di kawasan HCTM dan Jabatan Kecemasan. Objektif video ini adalah untuk menghargai pengorbanan kakitangan HCTM yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.

 

Saksikan video ini di pautan di bawah:

 

Behind the scene:

Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM

10 Apr 2025
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM pada 26 Mac 2025 (Rabu), di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Program ini bertujuan untuk menyambut kedatangan bulan Syawal yang mulia, serta untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak pengurusan hospital dan warga HCTM. Aktiviti memasak dan membungkus rendang daging telah dijalankan seawal jam 10.00 pagi dengan bantuan 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan HCTM.
Sebanyak 500 pek rendang daging telah berjaya disediakan dan agihan telah dibuat pada jam 3.00 petang. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila kakitangan HCTM mula membanjiri lokasi agihan seawal jam 2.30 petang. Ahli Pengurusan HCTM yang hadir menjayakan program ini, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.
@hctm_ukm

Jom Merendang Bersama Pengurusan HCTM #HCTM #UKM #betterfasterfriendlier #HCTMtiktok #MerendangBersamaPengurusan #fyp #fypシ゚viral

♬ Serumpun – Mimifly

 

Sidang Media Prosedur Pertama Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG)

10 Apr 2025

Sidang Media Prosedur Pertama Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) telah diadakan pada 19 Mac 2025, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Sukmaria, Aras 3, Bangunan Klinikal HCTM. Tujuan sidang media ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) iaitu prosedur endoskopik inovatif yang bertujuan mengurangkan kapasiti perut hampir 70% menggunakan teknik jahitan khas melalui prosedur Upper Endoscopy (OGDS). Prosedur telah terbukti membantu pesakit mengurangkan berat badan berlebihan secara signifikan serta mengawal penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, hati berlemak, dan kolesterol tinggi.

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menjadi hospital pengajar dan hospital kerajaan pertama yang menjalankan prosedur ini pada 11 Mac 2025 yang lalu melalui Bengkel 1st UKM Endo Sleeve (ESG) Workshop: Weight Loss without Scar. Tiga pesakit terlibat dalam prosedur pertama tersebut dan semuanya telah selamat discaj tanpa sebarang komplikasi. Walaupun ESG masih baharu di Malaysia, HCTM berharap dapat memperluaskan kesedaran serta melatih lebih ramai profesional perubatan dalam ESG, seterusnya memberikan pilihan rawatan yang lebih selamat, kurang invasif, dan efektif kepada pesakit obesiti yang berisiko tinggi. Rawatan ini dapat memberikan harapan kepada mereka yang menghadapi masalah obesiti dengan risiko komplikasi kesihatan yang tinggi.

Pengamal media yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai ESG dan berminat membuat liputan temubual bersama pakar, boleh hubungi kami di talian 03-9145 5185 (Cik Noorlaily).

 

 

 

 

 

 

 

Penjualan Sampul Raya HCTM Tahun 2025

10 Apr 2025

Sampul Raya Khas HCTM Tahun 2025 telah habis dijual. Tahun ini sebanyak 2 rekabentuk sampul raya telah dihasilkan iaitu versi kanak-kanak dan versi korporat. Sampul raya 2025 kali ini mengandungi 8 helai sampul, berharga RM6.00. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas sokongan penjualan sampul raya HCTM yang amat memberangsangkan.

 

 

 

 

 

1 2 3 6

Search

+