Pada 14 Mei 2018 (Isnin) yang lalu, Unit Kawalan Infeksi bersama-sama Syarikat SARAYA telah mengadakan sambutan hari kebersihan tangan sedunia . Sambutan ini telah diadakan di lobi utama HCTM, PPUKM dengan tema tahun ini ” It’s in your hand prevent sepsis in health care”. Sambutan ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan secara umum kepada para pesakit dan para kakitangan HCTM khususnya  dalam memahami kepentingan  kebersihan tangan dalam penjagaan kesihatan.

Terdapat pelbagai permainan yang menarik dan berilmiah berkaitan dalam penjagaan kebersihan tangan.

 

Memori ini telah di muat naik ke dalam media sosial,dan telah mendapat perhatian dari Professor Didier Pittet (pakar penyakit berjangkit , pengarah Program Kawalan Infeksi dan “WHO Collaborating Centre on Patient Safety”, di Hospital Universiti Geneva, Switzerland) yang telah berkongsi di halaman sosial beliau. Beliau turut sama memberi komen kedalam memori yang telah dimuat naik oleh kakitangan Unit Kawalan Infeksi HTCM,PPUKM.