DASAR KUALITI
Unit Kawalan Infeksi sentiasa komited memberi perkhidmatan pencegahan dan kawalan infeksi yang berkualiti dan berusaha menepati keperluan setiap pelanggan berteraskan profesionalisme yang tinggi.
OBJEKTIF
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pesakit, kakitangan dan komuniti melalui pencegahan dan kawalan jangkitan yang berkesan.
- Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pesakit, kakitangan dan komuniti dalam amalan pencegahan dan kawalan jangkitan.
- Mencegah dan mengawal Healthcare Associated Infection (HCAI) melalui aktiviti Laboratory Based Surveillance, Clinical Based Surveillance, audit serta pematuhan polisi pencegahan dan kawalan jangkitan.
OBJEKTIF KUALITI
- Mencegah dan mengawal jangkitan bagi memastikan kadar healthcare associated infection (HCAI) pada tahap yang ditetapkan.
- Memastikan kadar pematuhan amalan kebersihan tangan kakitangan kesihatan mencapai tahap yang ditetapkan.