Sharing is Caring (free market)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.YBhg. Prof./ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dimaklumkan bahawa Unit Kawalan Infeksi dan Gugusan Mikrobiologi HCTM PPUKM akan mengadakan program kemasyarakatan yang dipanggil “Sharing Is Caring” (Free Market). Program ini menyasarkan semua kakitangan UKM dan HCTM PPUKM di mana kakitangan boleh mendapatkan barangan terpakai dan baru (baju,kasut,buku dan lain-lain) secara percuma. Kakitangan yang ingin hadir, diminta membawa beg/plastik sendiri pada hari berkenaan.
