Program Semerakkan Merdeka 2017
Pada 29 Ogos 2017 yang lalu, kakitangan-kakitangan Gugusan Mikrobiologi bersama-sama kakitangan Makmal Kawalan Infeksi, telah sama-sama menjayakan program semarak merdeka 2017. Program ini, telah diadakan di hadapan kaunter Makmal Mikrobiologi (basement,blok pendidikan). Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan didalam program ini adalah, ucapan perasmian oleh Dr. Hanita Othman (Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik),bacaan ikrar rukun negara yang diketuai oleh Encik Muhammad Aizuddin Abd Azid,nyanyian lagu negara ku dan nyanyian 2 buah lagu patriotik (keranaMu Malaysia dan Jalur Gemilang). Program ini bertujuan, untuk menerapkan dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan semangat merdeka.


