Lawatan Kes Mortaliti Pertussis oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras
Satu (1) kes kematian telah dilaporkan melibatkan seorang pesakit yang telah didiagnosis dengan penyakit Pertussis pada bulan Oktober 2026. Susulan daripada kejadian tersebut, Unit Kesihatan Awam (UKA) telah membuat pelaporan kes kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras.
Sehubungan itu, pihak PKD Cheras telah mengadakan lawatan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. Butiran lawatan adalah seperti berikut:
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Tarikh | 13 Oktober 2026 |
| Masa | 2.30 petang |
| Tujuan | Siasatan lanjut berhubung kes kematian pesakit yang didiagnosis dengan Pertussis |
| Agensi terlibat | Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras, UKA dan UKI |

