Minggu kesedaran antibiotik sedunia (13 November 2017 hingga 19 November2017)
WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK 2017
Pada perhimpunan kakitangan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, PPUKM,
6 November 2017 (Isnin), yang lalu
Unit Kawalan Infeksi telah mempersembahkan tayangan video dan pameran
mengenai sambutan minggu kesedaran antibiotik sedunia yg akan berlangsung pada 13 November hingga 19 November 2017.
Tema untuk minggu kesedaran antibiotik sedunia pada kali ini adalah
“Seek advice from a qualified healthcare professional before taking antibiotics.”
Tayangan video yang berdurasi selama lebih kurang 1 minit itu memberi maklumat kesedaran dalam pengambilan antibiotik kepada kakitangan HCTM khususnya.
Diharap dengan ini para kakitangan khususnya, dapat menyampaikan manfaat dan maklumat ini kepada ahli keluarga serta rakan-rakan yang lain dalam kesedaran pengambilan antibiotik.





