BENGKEL INFECTION CONTROL LINK NURSE (ICLN) HCTM 2026

11 Jun 2026

Bengkel Infection Control Link Nurse ( ICLN ) HCTM Tahun 2026 telah diadakan pada 21– 23 April 2026, di Dewan Peperiksaan Tingkat 4, Blok Pendidikan HCTM. Program ini dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi (UKI) HCTM untuk memberikan latihan dan pendidikan kepada lantikan baru Infection Control Link Nurse (ICLN) yang dilantik pada setiap 2 tahun.

Objektif program ini adalah untuk : 

  • meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ICLN tentang kepentingan kawalan infeksi hospital
  • memastikan setiap ICLN mengetahui dan memahami kaedah perawatan kawalan infeksi hospital
  • mempamerkan peranan ICLN sebagai role model dalam mengawal dan mencegah Healthcare Associated Infection (HCAI) di setiap wad / disiplin
  • meningkatkan penguatkuasaan polisi pencegahan dan kawalan infeksi di lokasi masing-masing
  • meningkatkan kompetensi ICLN di dalam pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan infeksi hospital.

BENGKEL INFECTION CONTROL LIAISON OFFICER (ICLO) HCTM 2026

11 Jun 2026

Bengkel Infection Control Link Officer ( ICLO ) HCTM Tahun 2026 telah diadakan pada 28 April 2026, di Dewan Khalid Kadir Tingkat 3, Blok Tambahan HCTM. Program ini dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi (UKI) HCTM untuk memberikan latihan dan pendidikan kepada lantikan baru Infection Control Link Officer (ICLO) yang dilantik pada setiap 2 tahun.

Infection Control Liaison Officer (ICLO) dilantik dari semua jabatan, khususnya bahagian bukan klinikal dan pentadbiran. ICLO memainkan peranan yang sangat penting sebagai pegawai penghubung antara jabatan/unit masing-masing dengan pasukan Unit Kawalan Infeksi mengenai perkara yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan infeksi. Pelantikan ini adalah amat penting untuk memenuhi keperluan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). ICLO akan membantu sama pasukan kawalan infeksi untuk meningkatkan penguatkuasaan kawalan infeksi di tempat masing-masing bagi memantapkan aktiviti pencegahan dan pengawalan jangkitan.

1 2 3

Search

+