Podcast Sempena Minggu Keselamatan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2025 : Melindungi Si Manja : Dari Katil Hospital ke Pangkuan Keluarga 

31 Dec 2025
Jom tonton Podcast Sempena Minggu Keselamatan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2025 : Melindungi Si Manja : Dari Katil Hospital ke Pangkuan Keluarga bersama Dr. Wan Nurul Huda Wan Md. Zin, Ketua Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU), HCTM.

Tarikh : 18 September 2025 (Khamis)
Masa  : 2.30 petang
Tempat : Atas Talian
Tajuk :  Melindungi Si Manja : Dari Katil Hospital Ke Pangkuan Keluarga
Penceramah : Dr Wan Nurul Huda Wan Md. Zin, Ketua Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU)

Kempen ‘Orenkan Hari Anda’ sempena Sambutan Minggu Keselamatan Pesakit 2025, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

31 Dec 2025
Rakaman lensa Kempen ‘Orenkan Hari Anda’ sempena Sambutan Minggu Keselamatan Pesakit 2025, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ini, 19 September 2025 (Jumaat). Warga HCTM dari pelbagai jabatan/pusat/unit bersama-sama memberikan sokongan terhadap kempen ini dengan pakaian atau aksesori berwarna oren. Tujuan kempen ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan pesakit di seluruh dunia.
Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1CsfgJi9Bq/

Majlis Perasmian Minggu Keselamatan Pesakit Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2025

30 Dec 2025
Majlis Perasmian Minggu Keselamatan Pesakit Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung pada 18 September 2025 (Khamis) di Ruang Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM. Minggu Keselamatan Pesakit tahun ini bertemakan ‘Safe Care for Every Newborn and Every Child’, menekankan pentingnya peranan aktif dalam memastikan keselamatan dan kualiti rawatan untuk kanak-kanak. HCTM sentiasa komited terhadap kualiti dan keselamatan pesakit dengan mempertingkatkan sistem pelaporan insiden, menjalankan audit klinikal secara berkala serta melaksanakan latihan dan simulasi yang relevan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang optimum.
Acara ini bukan sekadar program tahunan, tetapi merupakan platform strategik bagi memperbaharui komitmen dalam meningkatkan sistem, mengukuhkan prosedur, serta memperbaiki komunikasi antara pasukan kesihatan dan pesakit demi mencapai kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan. Turut hadir sama YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, YBrs. Dr. Sharifah Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1H6ZeCAkn2/

Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia Peringkat HCTM

18 Aug 2025

Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2025 Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan pada 30 Julai 2025 (Rabu) bertempat di Ruang Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.

Tujuan utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memperkukuh amalan kebersihan tangan di kalangan warga HCTM. Tema sambutan pada tahun ini, ‘It might be gloves. It’s always hand hygiene’, amat relevan dan bertepatan dalam usaha berterusan untuk mencegah penyebaran jangkitan serta memastikan keselamatan pesakit di HCTM.

Pengarah HCTM dalam ucapannya, berharap sambutan ini dapat memberi motivasi dan memperkukuhkan lagi semangat warga HCTM untuk sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, selamat, dan berintegriti. Beliau juga berpendapat bahawa acara ini boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan amalan kebersihan yang lebih efektif dan berkesan, demi kebaikan dan keselamatan semua. Di akhir majlis, turut diadakan edaran dan nyanyian lagu Jalur Gemilang bersempena ambang Sambutan Hari Kebangsaan 2025 kepada warga HCTM yang hadir.

Turut hadir dalam majlis YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, YBrs. Dr. Sharifah Azura Salleh, Ketua, Unit Kawalan Infeksi merangkap Pengerusi Program, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.

Search

+