Pemakluman Kaedah Mencapai Dokumen Terkawal Unit Kawalan Infeksi (UKI) Melalui Sistem Pengurusan Dokumen Universiti Kebangsaan Malaysia (SPD UKM)

22 Aug 2022

Adalah dimaklumkan dokumen terkawal UKI boleh dicapai melalui Sistem Pengurusan Dokumen Universiti Kebangsaan Malaysia (SPD UKM). Dokumen tersebut merangkumi enam (6) prosedur kerja dan satu (1) garis panduan UKI yang telah dikemaskini pada 5 Ogos 2021.

Berikut adalah senarai dokumen terkawal Unit Kawalan Infeksi.

  • Prosedur pemberian vaksinasi kepada kakitangan HCTM
  • Prosedur pemantauan kawalan infeksi HCTM
  • Prosedur pengurusan kecederaan tajam/pendedahan mukosa HCTM
  • Prosedur kawalan wabak HCTM
  • Prosedur penerimaan spesimen di makmal kawalan infeksi HCTM
  • Prosedur audit pematuhan kebersihan tangan HCTM
  • Garis panduan penolakan spesimen di makmal kawalan infeksi

Warga HCTM boleh mencapai dokumen tersebut melalui pautan https://spdukm.ukm.my/ sebagai rujukan.

‘World Hand Hygiene Day 2022 ‘ dan Penyampaian hadiah pertandingan ‘Hand Hygiene Day Tiktok Challenge’ peringkat HCTM

12 May 2022

‘World Hand Hygiene Day 2022 ‘ dan Penyampaian hadiah pertandingan ‘Hand Hygiene Day Tiktok Challenge’ peringkat HCTM anjuran Unit Kawalan Infeksi HCTM telah diadakan di Lobi Utama pada pagi tadi. Program ini dianjurkan untuk mempromosi cara pencucian tangan dengan betul kepada orang awam dan kakitangan. Program telah dirasmikan oleh Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan). Turut sama dalam program ini Dr. Sharifah Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi.

 

Jom sertai Pertandingan ‘TIKTOK Hand Hygiene Challenge’

24 Mar 2022
Sempena Sambutan 25 Tahun HCTM dan ‘World Hand Hygiene Day 2022’, Unit Kawalan Infeksi HCTM menganjurkan pertandingan ‘TIKTOK Hand Hygiene Challenge’. Kakitangan dan pelajar HCTM dan UKM yang berminat menyertai pertandingan ini dialu-alukan untuk menghantar video TIKTOK anda secara individu atau berkumpulan dengan menggunakan tema ‘Unite for safety: Clean your hands’ dan video kreatif ini juga WAJIB menggunakan elemen Sambutan 25 Tahun HCTM. Penghantaran video boleh dibuat pada :
Tarikh : 23 March 2022 sehingga 24 April 2022
Melalui : Google form (scan QR code pada poster)
Video akan dipamerkan dan pemenang akan diumumkan di Facebook Unit Kawalan Infeksi,HCTM. Pemenang akan dipilih berdasarkan pematuhan syarat-syarat penyertaan dengan sistem permarkahan berdasarkan ‘LIKES’ dan markah dari juri professional.
Jom sertai pertandingan ini! Hadiah lumayan menanti para pemenang.

Tahniah Dr. Sharifah Azura binti Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi

17 Jan 2022

Tahniah kepada Dr. Sharifah Azura binti Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah menerima pengurniaan Ahli Setia Negeri Sembilan ( A.N.S) sempena Hari Keputeraan ke-74 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Search

+