Program Latihan Elektif Kawalan Infeksi
26 Oktober 2021 :Program Latihan Elektif Kawalan Infeksi Pelajar Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan Bil. 2/2021.
29 Mac 2021 – YB Dato’ Sri Sr. Noraini Binti Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mendapatkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin HCTM. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Dr. Sharifa Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi, merangkap Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HCTM mengenai program vaksinasi yang telah dijalankan mulai 1 Mac 2021 sehingga kini. Program vaksinasi ini akan berlangsung secara berperingkat selama 6 minggu melibatkan 4,134 kakitangan. Vaksin Pfizer ini diberikan kepada kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan UKM, Fakulti Pergigian UKM, Fakulti Farmasi UKM, Institut Biologi Molekul Perubatan, UKM (UMBI), Hospital Pakar Kanak-kanak, UKM dan Pusat Kesihatan Universiti, UKM.