Pada 5 Februari 2018 (Isnin) yang lalu,
Unit Kawalan Infeksi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz,Pusat Perubatan UKM
telah mengadakan seminar Pencengahan dan Pengawalan Infeksi,
peringkat kebangsaan di auditorium HCTM,PPUKM.
Para peserta yang hadir,terdiri daripada kakitangan-kakitangan dalam bidang perubatan dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Seramai lebih dari 300 peserta yang hadir antaranya kakitangan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia,
hospital-hospital kerajaan dan swasta,
pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta lain-lain agensi kerajaan dan swasta.
Antara para panel penceramah yang terlibat adalah :
Professor DR. Didier Pittet MD,MS,MS
Professor To’ Puan DR. Nordiah A.Jalil MD,MSc
DR Suraya Amir Husin
DR. Lee Yew Fong MBBS,MHM,OHD
Semoga seminar yang telah diadakan dapat memberi manfaat, dari segi isu semasa dan perkembangan kawalan infeksi dunia
dan di Malaysia khususnya.









