Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia telah dibuka pada bulan Jun 1997. Di dalam jangkamasa ini, hospital ini telah diserang oleh beberapa kuman yang serius dan resistan pada antibiotik-antibiotik yang sedia ada. Ini telah menyebabkan pelbagai masalah, dan hospital terpaksa mengambil tindakan untuk mencegah kuman-kuman ini daripada melarat. Untuk menentukan tindakan-tindakan yang diambil adalah tepat dan berkesan, hospital telah menubuhkan pasukan kawalan infeksi. Pasukan ini telah menyediakan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan yang bertugas di hospital agar kuman-kuman yang ‘multiresistant’ itu tidak merebak di hospital ini.
Pasukan kawalan infeksi telah dinaiktaraf lagi dengan mewujudkan Unit Kawalan Infeksi yang terdiri daripada Doktor Kawalan Infeksi yang dilantik sebagai Ketua Unit Kawalan Infeksi, Ketua Jururawat dan Jururawat Kawalan Infeksi. Pada 2008, Unit Kawalan Infeksi juga telah menambahkan lagi perkhidmatan kepada perkhidmatan makmal yang berfungsi di dalam penyaringan ‘alert organism’ dan ‘multiresistant’, pengujian wabak (outbreak), ujian steriliti dan pemantauan persekitaran (environmental monitoring) yang dilaksanakan oleh Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan bagi memastikan pengawalan dan pencegahan infeksi nosokomium dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat.