Lawatan Penanda Aras Pusat Kesihatan Universiti Ke Unit Kawalan Infeksi HCTM

11 Jun 2026

Tarikh  : 14 April 2026  

Masa   : 9.00 pagi 

Bilangan Peserta : 7-8 orang staf

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Unit Kawalan Infeksi HCTM. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari amalan terbaik (best practices) serta prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kawalan jangkitan yang dilaksanakan di HCTM.

Objektif utama lawatan ini adalah seperti berikut : 

 

  1. Mempelajari garis panduan dan protocol langkah berjaga-jaga standard (Standard Precautions) yang terkini di fasiliti kesihatan.  
  2. Meninjau sistem pemantauan dan audit kawalan infeksi di fasiliti kesihatan.  
  3. Bertukar pandangan mengenai pengurusan risiko jangkitan berjangkit di kalangan staf dan pelajar UKM. 

Search

+