BENGKEL INFECTION CONTROL LINK NURSE (ICLN) HCTM 2026
Bengkel Infection Control Link Nurse ( ICLN ) HCTM Tahun 2026 telah diadakan pada 21– 23 April 2026, di Dewan Peperiksaan Tingkat 4, Blok Pendidikan HCTM. Program ini dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi (UKI) HCTM untuk memberikan latihan dan pendidikan kepada lantikan baru Infection Control Link Nurse (ICLN) yang dilantik pada setiap 2 tahun.
Objektif program ini adalah untuk :
- meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ICLN tentang kepentingan kawalan infeksi hospital
- memastikan setiap ICLN mengetahui dan memahami kaedah perawatan kawalan infeksi hospital
- mempamerkan peranan ICLN sebagai role model dalam mengawal dan mencegah Healthcare Associated Infection (HCAI) di setiap wad / disiplin
- meningkatkan penguatkuasaan polisi pencegahan dan kawalan infeksi di lokasi masing-masing
- meningkatkan kompetensi ICLN di dalam pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan infeksi hospital.


