Adakah saya perlu menjalani kesemua lima-lima sub-modul pencegahan dan kawalan infeksi (IPC) 2025 ini?

Ya, sekiranya anda adalah petugas kesihatan yang bekerja di bahagian klinikal. Bilangan sub-modul yang perlu dijalani adalah bergantung kepada keperluan kategori jabatan dan gred perjawatan. Perincian akan dimaklumkan dalam surat jemputan ke jabatan/unit sebelum menjalani modul ini.

Saya bekerja di bahagian pentadbiran/ bukan klinikal. Berapakah sub-modul yang saya perlu jalani?

Hanya wajib menjalani dua sub-modul sahaja iaitu Kebersihan Tangan dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE). Walau bagaimanapun, tiada halangan untuk membuat lebih sub-modul lain untuk tujuan menambah ilmu pengetahuan.

Berapakah jam latihan yang saya akan perolehi daripada modul ini?

Setiap satu (1) sub-modul yang lengkap dijalani (teori + kuiz) akan diberikan satu (1) jam latihan. Sila maklumkan pada urusetia jumlah sub-modul yang anda jalani ketika hadir melaksanakan audit teknik kebersihan tangan di Unit Kawalan Infeksi.

Berapakah markah lulus kuiz sub-modul dan apa saya perlu lakukan sekiranya tidak mencapai markah lulus?

Markah lulus setiap kuiz sub-modul adalah 60%. Sekiranya tidak mencapai markah ini, anda perlu mengulangi kuiz ini sehingga berjaya. Pastikan anda screenshot markah setiap sub-modul dan tunjukkan pada urusetia ketika sesi audit teknik mencuci tangan di UKI.

Bagaimana caranya untuk saya menyemak markah kuiz yang telah dijalankan?

Setiap kuiz sub-modul yang telah dijawab dan dihantar akan mendapat satu salinan emel. Sila klik View Score dalam emel tersebut dan anda juga boleh menyemak jawapan yang betul.

Bilakah waktu yang sesuai untuk saya hadir ke UKI?

Berikut adalah waktu audit kebersihan tangan di UKI kecuali sabtu, ahad dan cuti umum:

Sesi Pagi: Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi – 12.00 tengah hari)

Sesi Petang: Isnin hingga Khamis (2.30 – 4.00 petang)

Jumaat (3.00-4.00 petang)

Mengapa saya perlu hadir ke UKI selepas menjalani modul secara kendiri atas talian?

Kehadiran ke UKI adalah wajib bagi tujuan melengkapkan modul, menjalani audit teknik kebersihan tangan, menerima sijil lengkap modul, merekod tarikh lengkap modul dan mendapatkan jam latihan.

Saya telah menghadiri jerayawara pencegahan dan kawalan infeksi pada tahun 2024. Adakah saya perlu menjalani modul ini?

Sekiranya telah mempunyai sijil jerayawara pencegahan dan kawalan infeksi keluaran UKI tahun 2024 tidak perlu menjalani modul ini. Walau bagaimanapun sekiranya anda tidak mencapai markah lulus kuiz/teknik kebersihan tangan tidak memuaskan/ tidak lengkap salah satu komponen ini dalam jerayawara yang lepas, anda mungkin akan dipanggil untuk menjalani semula latihan pencegahan dan kawalan infeksi ini.

Berapa lama sah laku sijil latihan pencegahan dan kawalan infeksi ini?

Sijil jerayawara atau modul IPC sah laku selama 5 tahun. Sila pastikan anda mempunyai salinan sijil ini bagi tujuan pembuktian audit MSQH.

Apa yang patut saya lakukan sekiranya tidak menerima emel sijil kehadiran selepas hadir ke UKI?

Pertama, sila pastikan emel yang diisi dalam googleform/ QR code adalah betul. Kedua, sila semak inbox atau spam emel anda.

Setelah dua bulan menjalani modul ini, baru saya tersedar yang saya tidak mempunyai sijil kehadiran bagi pembuktian lengkap modul. Apa yang patut saya lakukan?

Sijil kehadiran anda hanya disimpan selama satu bulan sahaja di pihak UKI. Selepas tempoh tersebut, tiada lagi tuntutan sijil dan anda perlu mengulangi modul tersebut. Oleh yang demikian, pihak kami menyarankan sejurus selepas tamat modul, untuk membuat dua salinan sijil – satu untuk simpanan peribadi, satu lagi untuk simpanan di pihak jabatan/ unit. Pihak Jabatan/Unit disarankan mempunyai fail khas latihan pencegahan dan kawalan infeksi serta mengumpul sijil pembuktian kakitangan bagi tujuan audi MSQH.

Dengan wujudnya modul IPC 2025 ini, adakah anda masih boleh menjemput Unit Kawalan Infeksi untuk mengadakan ceramah di jabatan/ unit?

Ya, masih boleh menjemput untuk ceramah yang berkaitan. Walau bagaimanapun, ceramah tersebut tidak menggantikan keperluan kakitangan jabatan berkenaan menjalani modul ini.