LATAR BELAKANG TASKA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ
- Taska Hospital Canselor Tuanku Muhriz dahulunya dikenali sebagai Taska PERMATA Pusat Perubatan, UKM selaras dengan penstrukturan semula pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Nama awal yang digunapakai oleh taska adalah Taska Pujangga HUKM. Taska ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1998 sejurus selepas HUKM dibuka.
- Taska Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM dikategorikan sebagai taska di tempat kerja di mana Taska HCTM menerima lebih dari 10 orang kanak-kanak dan merupakan taska yang mendapat pengecualian berdaftar daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Taska ini mengendalikan kemasukan kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 4 tahun sahaja.
➢ Penjagaan anak-anak dikelaskan mengikut umur seperti berikut :-
| KELAS PERMATA | UMUR | JUMLAH KANAK-KANAK |
| Permata 1 | 3 bulan – 1 tahun 3 bulan | 12 Orang |
| Permata 2 | 1 tahun 3 bulan – 2 tahun | 17 Orang |
| Permata 3 | 3 tahun | 21 Orang |
| Permata 3 | 4 tahun | 24 Orang |
➢ Perkhidmatan Taska diletakkan di bawah tadbiran Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu yang diuruskan oleh seorang (1) pegawai dan 17 orang tenaga pengajar serta disokong oleh Jawatankuasa Pengurusan Taska Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
➢ Taska Hospital Canselor Tuanku Muhriz beroperasi bermula jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
- Taska HCTM menggunapakai kurikulum PERMATA Negara yang memfokuskan kepada pendekatan ‘belajar melalui bermain’.
- Objektif utama penubuhan TASKA Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM adalah untuk:
➢ Menyahut seruan kerajaan Malaysia bagi mengadakan TASKA di tempat kerja oleh majikan.
➢ Memenuhi tanggungjawab sosial majikan kepada kakitangan yang memerlukan penjagaan anak mereka semasa bekerja.
➢ Memastikan kakitangan dapat menjalankan kerja dengan baik apabila masalah penjagaan anak dapat diatasi.
➢ Memastikan pengurusan penjagaan dan perkembangan kanak-kanak dilakukan dengan berkesan serta mengikut prosedur dan peraturan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
- Penglibatan ibu bapa adalah pemangkin kepada kejayaan kanak – kanak. Pihak Taska HCTM menggalakkan penglibatan aktif ibu bapa untuk memberi peluang ibu bapa memahami perkembangan anak – anak di samping merapatkan hubungan bersama anak masing – masing. Antara aktiviti yang dilaksanakan di Taska HCTM adalah:
➢ Program Perjumpaan Ibu bapa dan Pendidik Taska HCTM (Penilaian perkembangan kanak – kanak TASKA)
➢ Lawatan Sambil Belajar
➢ Majlis Graduasi Taska HCTM
➢ Hari Sukan Taska HCTM
➢ Sambutan Hari Raya



