SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI

JABATAN PENGURUSAN FASILITI BERSEPADU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Portal ini dibangunkan sebagai medium penyampaian maklumat yang mudah, cepat dan berkesan kepada warga HCTM serta orang awam berkaitan struktur organisasi, fungsi, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh JPFB.

Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB), yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pentadbiran Am dan Bahagian Governan dan Pentadbiran, Kampus Kuala Lumpur (KKL), memainkan peranan penting dalam pengurusan kemudahan dan perkhidmatan sokongan hospital. Antara perkhidmatan yang disediakan merangkumi kemudahan perubatan, tempahan tiket kapal terbang, kemudahan telefon bimbit, tempahan ruang, pengurusan pakaian seragam, TASKA, perkhidmatan linen serta pelbagai perkhidmatan sokongan lain.

Selaras dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, sistematik, berkualiti dan berorientasikan pelanggan, JPFB sentiasa berusaha menambah baik penyampaian perkhidmatan serta memperkukuhkan pengurusan fasiliti bagi menyokong kelancaran operasi HCTM.

Semoga portal ini dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada semua pengunjung dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan, di samping memudahkan warga HCTM mengakses borang dan perkhidmatan JPFB dengan lebih pantas dan efisien.

Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, HCTM.

JPFB HCTM
Bersama Memperkasa Pengurusan Fasiliti, Demi Perkhidmatan Berkualiti