Taklimat Orientasi Kakitangan Syarikat Radicare

7 Sep 2022

Taklimat Orientasi Kakitangan Syarikat Radicare telah diadakan pada 29 Ogos 2022 bertempat di Dewan Kuliah 1, HCTM. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada kakitangan Syarikat Radicare tentang tanggungjawab serta peranan disamping memahami syarat-syarat dan prosedur di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Faizor Hj Hassan Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, Encik Mohamad Suffize Majid, Pembantu Keselamatan Kanan Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur dan Encik Mohd Zairuddin Ismail Ketua Unit Awam, Jabatan Pembangunan Prasarana  Kampus Kuala Lumpur.

Search

+