Sumbangan Aidilfitri kepada kakitangan Jabatan
Sumbangan Aidilfitri kepada kakitangan Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu anjuran Kelab JPFB telah diadakan pada 12 April 2023. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu dengan diiringi oleh Encik Ahmad Faizal Mohd Ariffin, Pengerusi Kelab JPFB. Sumbangan ini adalah untuk merapatkan ukhwah dan memupuk amalan bersedekah terutamanya bulan Ramadan yang mulia ini.




