Sesi Pengagihan Pelbagai Jenis Pakaian Seragam Tahun 2026
Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB) telah mengadakan Sesi Pengagihan Pakaian Seragam Tahun 2026 yang melibatkan pengagihan pelbagai jenis pakaian seragam kepada kakitangan yang berkelayakan. Sesi pengagihan tersebut telah dilaksanakan di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB). Ia bagi memastikan pakaian seragam dapat diserahkan kepada kakitangan mengikut keperluan dan peruntukan yang telah ditetapkan.


