SDG JPFB
Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB) menyokong pelaksanaan Program Sustainable Development Goals (SDG) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, melalui aktiviti bercucuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan di kawasan sekitar pejabat. Inisiatif ini diterajui oleh Puan Rohaya Ismail, Ketua JPFB. Aktiviti ini adalah sebagai usaha kakitangan JPFB dalam melestarikan global serta memupuk amalan penjagaan alam sekitar di kalangan warga kerja.

