Program Hari Sukan Taska HCTM Tahun 2024
Seramai 80 orang kanak-kanak telah menyertai Program Hari Sukan Taska HCTM Tahun 2024 anjuran Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu telah diadakan pada 19 Oktober 2024, jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Foyer Lobi Utama, Bangunan Praklinikal. Program ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan silaturrahim, kerjasama dan perpaduan antara ibu bapa, pengurusan Taska HCTM dan pendidik serta meraikan kanak-kanak yang berumur lingkungan 6 bulan hingga 4 tahun. Program telah dirasmikan oleh Puan Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu yang hadir mewakili Pengarah HCTM. Turut hadir dalam program ini Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari Sukan Taska HCTM, kakitangan HCTM, dan kanak-kanak taska.
