Majlis Perasmian Jom Fabrik 2.0
Majlis Perasmian Jom Fabrik 2.0 anjuran bersama Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu HCTM dan Institut Onn Ja’afar (IOJ) telah diadakan pada 9 Ogos 2022 di Auditorium ASSC. Program ‘Jom Fabrik’ 2.0 ini diadakan bertujuan untuk mendidik generasi muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi, kakitangan serta pesakit HCTM mengenai kepentingan mengitar semula fabrik terpakai di samping berkeupayaan dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat akan kepentingan kitar semula. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM.

