Majlis Perasmian Hari Sukan Taska HCTM 2023

24 Oct 2023

Majlis Perasmian Hari Sukan Taska HCTM 2023 telah disempurnakan oleh Puan Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu mewakili Pengarah HCTM. Majlis yang dihadiri seramai 200 orang terdiri daripada kanak-kanak taska, ibu bapa dan penjaga telah diadakan pada 7 Oktober 2023 bertempat di Foyer Lobi Bangunan Pra-Klinikal, Fakulti Perubatan UKM.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan menyemai semangat kesukanan serta merapatkan hubungan di antara pengurusan taska dan ibubapa. Antara aktiviti yang diadakan adalah persembahan kanak-kanak permata 3, pertandingan pakaian beragam dan permainan sukaneka.

Search

+