Majlis Graduasi TASKA Sesi 2025
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah meraikan seramai 24 orang anak-anak TASKA bagi penerimaan sijil penghargaan di Majlis Graduasi TASKA Sesi 2025 pada 3 Disember 2025 (Rabu) bertempat di Auditorium, Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC), HCTM.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Rohaya Ismail, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan TASKA dan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.
Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1A5FXZFNro/
