Majlis Graduasi Taska Hospital Canselor Tuanku Muhriz Sesi 2023

20 Nov 2023
Seramai 23 orang anak-anak taska menerima sijil penghargaan dalam Majlis Graduasi Taska Hospital Canselor Tuanku Muhriz Sesi 2023 yang diadakan pada 16 November 2023 bertempat di Dewan Kuliah Advanced Surgical Skills Centre (ASSC), HCTM. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM.
Majlis Graduasi merupakan suatu acara tahunan yang dinanti-nantikan. Satu penghormatan dan penghargaan kepada para pendidik di atas segala usaha yang telah dicurahkan dalam mendidik anak-anak, dan merupakan satu pekerjaan yang mencabar.
Pengarah HCTM mengucapkan tahniah kepada semua tenaga pengajar dan berharap taska HCTM terus menjadi contoh bagi pendidikan dan pembangunan masyarakat modal insan yang unggul dan berkualiti demi mencapai matlamatnya pada masa hadapan.
Turut hadir meraikan majlis tersebut, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar, Puan Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, Ketua-ketua Jabatan, Puan Emilia Nurfarah ‘Ain Azmi, Penyelia Taska HCTM, Ibu Bapa dan warga HCTM.

Search

+