Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat Sempena Menyambut Bulan Ramadan Bersama RMH
Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB) dengan kerjasama kakitangan di Ronald McDonald House (RMH) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat melalui Program Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena menyambut Bulan Ramadan 2025. JPFB telah menyumbang dana untuk penyediaan makanan kepada semua keluarga yang menginap di RMH. Majlis telah diadakan pada 28 Februari 2025 bertempat di RMH. Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat dipimpin oleh Encik Aizi Adzlee dan disusuli dengan tazkirah ringkas daripada Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), HCTM. Kehadiran peserta adalah seramai 120 termasuk keluarga yang menginap di RMH dan kakitangan HCTM serta HPKK.




