Lawatan Ramah Mesra Bersama Warga HCTM 

2 Jan 2025
YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), telah mengunjungi 28 Jabatan/Unit/Pusat untuk sesi pertama Lawatan Ramah Mesra Bersama Warga HCTM pada 4 Disember 2024 (Rabu). Program ini berlangsung di Blok Klinikal, Bangunan Asrama Jururawat serta Advanced Surgical Skills Centre (ASSC), HCTM. Salah satu jabatan yang dikunjungi ialah jabatan ini. Sesi selama 5 hingga 10 minit tersebut walaupun ringkas namun warga kerja dapat melihat dan ramah mesra bersama pengarah dengan lebih dekat. Serahan Aspirasi Pengarah HCTM yang dibingkaikan telah diserahkan kepada Pn. Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu sempena lawatan ini.

Search

+