Lawatan Penanda Aras dari Sultan Ahmad Shah Medical Centre @ IIUM
Hospital Canselor Tuanku Muhriz melalui Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu telah menerima kunjungan lawatan penanda aras dari Sultan Ahmad Shah Medical Centre @ IIUM pada 5 Jun 2024. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai keperluan dan prosedur yang perlu dipatuhi, serta pendedahan dan pengetahuan berkaitan pengurusan pengoperasian taska. Seramai tujuh (7) orang pelawat dari SASMEC yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Zamzuri Zakaria@ Mohamad, Pengarah (Klinikal). Kehadiran pelawat telah disambut dan diberi penerangan ringkas oleh Puan Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Fasiliti Bersepadu di Bilik Mesyuarat Jabatan. Seterusnya, lawatan diakhiri dengan melawat ke Taska, HCTM.
